Makluman untuk semua Ahli - Affiliate AFTL. Bagi mempermudahkan atau mempercepatkan lagi proses pendaftaran affiliate baru, satu lagi link telah ditambah di bawah link Affiliate Referral, di ruangan Member Dashboard, iaitu link untuk borang pendaftaran ahli secara online. Link untuk borang ini secara automatik mengepil sekali username affiliate pembawa atau pengenal terus ke dalam sistem. Affiliate boleh mempromosikan link borang ini untuk tujuan pra-pendaftaran, yang mana akaun tersebut hanya akan diupgrade kepada status "Affiliate" selepas pembelian pek ahli dibuat.
Bagi affiliate yang ingin menggunakan cara ini untuk mendaftarkan "bagi pihak" ahli baru, pastikan cache browser anda telah dibersihkan (clear) terlebih dahulu.
