Image 01 Image 02 Image 03 Image 04 Image 05 Image 06 Image 07 Image 08 Image 09 Image 10 Image 11 Image 12 Image 13

Member login

Your cart

no items in your cart

Cara Penggunaan AFTL AuraCorrector

Penggunaan AFTL AuraCorrector pada Tubuh

  1. Persediaan Diri
    Sediakan sekurang-kurangnya 4 keping AFTL AuraCorrector. 2 keping digunakan sebagai ‘set rawatan’ untuk 7 hari yang pertama dan 2 keping lagi digunakan sebagai ‘set penjanaan’ selepas hari ke-7, selama tempoh maksima 1 bulan. Pengguna hendaklah dalam keadaan tenang dan selesa.

  2. Arahan Otak Semasa Menggunakan AFTL AuraCorrector Untuk 7 Hari Pertama (Set Rawatan)
    Berikan arahan otak agar dibersih, dicuci dan dirawat tenaga bioelektrik pada hati, akal, tubuh dan rohani pengguna.

  3. Arahan Otak Semasa Menggunakan AFTL AuraCorrector Selepas Hari yang ke-7 dan Seterusnya (Set Penjanaan)
    Berikan arahan otak agar dijana, diseimbangkan dan diharmonikan tenaga bioelektrik pada hati, akal, tubuh dan rohani pengguna.

  4. Nota Kaedah Penggunaan
    Tampalkan 1 keping AFTL AuraCorrector di bahagian bonggol pada belakang tengkuk dan 1 keping lagi di dada.

    Alternatif
    : Bagi lelaki bersongkok, AFTL AuraCorrector boleh dilekatkan di bahagian dalaman songkok. Untuk kepingan yang ke-2, tanpa perlu menanggalkan stiker, gunting dan masukkan sahaja ke dalam poket baju. Bagi wanita bertudung, AFTL AuraCorrector boleh diselitkan ke dalam anak tudung pada bahagian atas ubun-ubun. Untuk kepingan yang ke-2, seperti lelaki, selitkan sahaja ke dalam anak baju.

  • Tempoh minima pemakaian pada tubuh adalah selama 8 jam sehari.
  • AFTL AuraCorrector boleh diselitkan di bawah bantal semasa waktu tidur.
  • Dilarang berkongsi AFTL AuraCorrector dengan orang lain.
  • Tempoh maksima bagi pemakaian ‘set penjanaan’ adalah selama 1 bulan, hanya jika tiada sebarang permasalahan berlaku.
  • AFTL AuraCorrector yang sudah tidak digunakan lagi hendaklah dicuci dengan air garam dan dibungkus terlebih dahulu sebelum dibuang.


Penggunaan AFTL AuraCorrector di Rumah/Premis

  1. Persediaan Diri
    Sediakan sekurang-kurangnya 8 keping AFTL AuraCorrector. 4 keping digunakan sebagai ‘set rawatan’ untuk 14 hari yang dan 4 keping lagi digunakan sebagai ‘set penjanaan’ selepas hari ke-14, selama tempoh maksima 3 bulan.Pengguna hendaklah dalam keadaan tenang dan selesa.

  2. Arahan Otak Semasa Menggunakan AFTL AuraCorrector Untuk 14 Hari Pertama (Set Rawatan)
    Berikan arahan otak agar dibersihkan, dicuci dan dirawat tenaga di kawasan rumah/premis tersebut.

  3. Arahan Otak Semasa Menggunakan AFTL AuraCorrector Selepas Hari yang ke-14 dan Seterusnya (Set Penjanaan)
    Berikan arahan otak agar dijana, diseimbangkan dan diharmonikan tenaga di kawasan rumah/premis tersebut.

  4. Nota Kaedah Penggunaan
    Lihat gambarah di bawah untuk kaedah penampalan di rumah/premis. Tempoh maksima bagi penggunaan ‘set penjanaan’ adalah selama 3 bulan, hanya jika tiada sebarang permasalahan berlaku. AFTL AuraCorrector yang sudah tidak digunakan lagi hendaklah dicuci dengan air garam dan dibungkus terlebih dahulu sebelum dibuang.




Penggunaan AFTL AuraCorrector di Lain-Lain Tempat

  1. Persediaan Diri
    Memerlukan sekurang-kurangnya 1 keping AFTL AuraCorrector, atau mengikut kesesuaian permukaan barangan tersebut.Semakin banyak bilangan AFTL AuraCorrector yang digunakan, semakin banyak tenaga yang dijanakan oleh AFTL AuraCorrector.Pengguna hendaklah dalam keadaan tenang dan selesa.

  2. Arahan Otak
    Semasa hendak menampal AFTL AuraCorrector, berikan arahan otak agar dioptimumkan/diharmonikan tenaga pada barangan tersebut.

  3. Contoh

  • Bekas Minuman: Berikan arahan otak agar dipertenagakan air minuman tersebut.
  • Beg Duit: Berikan arahan otak agar diharmonikan tenaga rezeki atau aliran kewangan pengguna.
  • Kenderaan: Berikan arahan otak untuk tujuan keselamatan pada kenderaan.


Antara Kepelbagaian Penggunaan AFTL AuraCorrector

  • Tag ID Pelajar: Lebih fokus, tenang, berkarisma, kecemerlangan dan sebagainya.
  • Meja Belajar/Meja Kerja: Lebih fokus, tenang, menyerap tenaga tidak harmoni, berkarisma, kreativiti dan sebagainya.
  • Kenderaan: Lebih fokus, tenang, tidak panik, keselamatan dan keselesaan semasa pemanduan.
  • Ubat: Mengoptimumkan tenaga rawatan pada ubat tersebut.
  • Meter Elektrik: Keseimbangan tenaga elektrik.
  • Katil (ditampal pada 4 penjuru katil/disusun di bawah tilam): Membantu merawat masalah kesihatan, mendapatkan tidur yang berkualiti, kesegaran tubuh dan rohani dan sebagainya.
  • Songkok: Lebih fokus, tenang, berkarisma, kecemerlangan, membuang kerunsingan atau stress dan sebagainya.


Nota

AFTL AuraCorrector hanyalah sebagai medium penerimaan tenaga yang disampaikan oleh sistem unik hak milik AFTL Technology Sdn. Bhd. Walau bagaimanapun, segala ilmu itu adalah HAK MILIK Sang Maha Pencipta. Maka, janganlah kita lupa kembali dan berharap kepada-Nya.


Additional Options
Copyright © 2011 AFTL Technology Sdn. Bhd. (Co No: 648628-A). All rights Reserved.
Website Development by: Anie, AFTL ICT Department.