Cara Penggunaan Aura Nursalama
Cara 1 : Mandian Harian (Sebagai Bilasan Terakhir)
- Titiskan 7 titis Aura Nursalama ke dalam bekas air mandian berserta dengan kata-kata positif.
- Dengan mengikut tertib, jirus air perlahan-lahan dari bahagian atas kepala, kemudian dihalakan ke anggota badan sebelah kanan dan seterusnya ke anggota badan sebelah kiri.
Cara 2 : Mandian Ais (Berendam)
- Persediaan
- 1 beg besar ais, 1 sudu kapur makan, 1 sudu belerang (jika ada masalah spiritual), garam (nisbah 1 kg garam: 10 kg berat badan), Aura Nursalama.
- Masukkan garam dan belerang ke dalam tab mandi yang sudah berisi air dan titiskan sebanyak 7 titis Aura Nursalama berserta kata-kata positif.
- 10 Minit Pertama
- Rendamkan diri dalam tab mandi, ratakan dan gosokkan garam ke seluruh badan.
- Ambil 1 sudu kapur makan, ratakan dan gosokkan ia ke seluruh badan.
- 10 Minit Kedua
- Titiskan lagi 7 titis Aura Nursalama ke dalam tab mandi dan masukkan ais ke dalam tab mandi sedikit demi sedikit sehingga sesedap rasa pengguna sambil meratakan air ke seluruh badan.
- 10 Minit Ketiga
- Titiskan lagi 7 titis Aura Nursalama ke dalam tab mandi dan masukkan lagi ais sedikit demi sedikit sambil meratakan air ke seluruh badan.Bilas dengan air bersih setelah selesai.
Cara 3 : Titisan di Tapak Tangan
- Titiskan 1 titis Aura Nursalama di tapak tangan berserta dengan kata-kata positif.
- Ratakan ia dan tangkupkan tangan ke wajah. Kemudian, fokus pada niat yang dihajati, hirup dalam-dalam Aura Nursalama dan hembus secara perlahan-lahan dengan tenang.
- Seterusnya, dengan mengikut tertib, sapukan ia bermula dari bahagian wajah, kepala atau ubun-ubun, pergelangan tangan dan seterusnya ke bahagian kaki.
- Kaedah ini sesuai dilakukan selepas mandi atau selepas berwudhuk.
Cara 4 : Sapuan di Sekeliling Tempat Bermasalah
- Dengan menggunakan tiub penyedut Aura Nursalama, sapukan ia ke sekeliling tempat yang bermasalah dengan mengikut arah lawan jam.
- Kaedah ini sesuai digunakan untuk kawasan anggota yang bermasalah seperti kudis, ruam, kutil, ketumbuhan dan sebagainya.