Bersempena Maal Hijrah 1433, Tahun Baru 2012 dan Musim Buka Sekolah yang bakal tiba, AFTL sukacita menawarkan Promosi Hebat Tahun Baru 1433 / 2012 & Musim Buka Sekolah khusus untuk para Pelanggan, Affiliate dan Reseller AFTL yang dihargai! Atas setiap pembelian mana-mana Pakej Standard atau Pakej Combo, pembeli layak menerima Percuma GeniuXtra atau Gxtra, AuraCorrector Sticker, CD Student Syncronizer dan Pek Compact Sentuhan Syahdu (Aura Nursalama, SPPAO dan AuraCorrector Sticker), yang bernilai dari RM39.00 hingga RM5,337.00 !!!

Beli mana-mana Pakej Standard atau Pakej Combo 1 Pek, dapat hadiah PERCUMA bernilai - RM39.00.

Beli mana-mana Pakej Standard atau Pakej Combo 10 Pek dalam 1 invoice, dapat hadiah PERCUMA bernilai - RM480.00.

Beli mana-mana Pakej Standard atau Pakej Combo 20 Pek dalam 1 invoice, dapat hadiah PERCUMA bernilai - RM1,116.00.

Beli mana-mana Pakej Standard atau Pakej Combo 40 Pek dalam 1 invoice, dapat hadiah PERCUMA bernilai - RM2,418.00.

Beli mana-mana Pakej Standard atau Pakej Combo 80 Pek dalam 1 invoice, dapat hadiah PERCUMA bernilai - RM5,337.00.
Para pengguna produk-produk AFTL juga kini berpeluang MENJANA PENDAPATAN apabila dapat menyampaikan produk-produk tersebut kepada pengguna lain samada dengan cara menjadi AHLI @ AGEN

Read more
Sila hubungi Eksekutif Sah AFTL untuk bantuan atau untuk mendapatkan maklumat lanjut. Anda boleh juga ikuti panduan pembelian & pembayaran secara manual (offline) seperti yang berikut:
1. Buat bayaran secara manual ke dalam akaun:
2. Kemudian maklumkan kepada KAMI dengan cara menghantar slip transaksi atau borang pendaftaran melalui faks atau email (scan / PDF) ke:
3. Selepas faks atau email untuk memastikan tiada sebarang kesulitan, hubungi kami semula di:
Pengenalan
AFTL Technology, singkatan bagi Alhayat Faster Than Light Technology atau juga dikenali sebagai Teknologi Lebih Pantas Daripada Cahaya Alhayat merupakan sebuah teknologi hasil kajian selama 30 tahun oleh Pengasas AFTL Technology, Dr. Mohd Yusoff Hussin M.D (A.M). Teknologi AFTL ini bersifat proprietary, yakni dimiliki secara eksklusif oleh AFTL Technology Sdn. Bhd. Setiap produk AFTL dikodkan dengan kebolehupayaan untuk mengekstrak sejenis cas yang kami definisikan sebagai Tenaga VNP AFTL, yang bebas bertebaran di ruangan alam semesta ini, dan dengan menggunakan cas tersebutlah, segala permasalahan dalam kehidupan dapat dirungkaikan.
Sains membuktikan bahawa semua yang ada di alam ini adalah bermula daripada semata-mata tenaga. Melalui proses pengecilan jirim, jika kita pecah-pecahkan apa sahaja yang ada di sekeliling kita, baik pada baju yang kita pakai, kereta yang kita naiki, rumah yang kita duduki, termasuklah pada diri kita sendiri - daripada organ kepada sel, daripada sel kepada molekul, daripada molekul kepada atom, daripada atom kepada sub-atom, dan daripada sub-atom menjadi sub-sub atom yang tidak boleh dipecahkan lagi, dan akhirnya apa yang tinggal, hanyalah semata-mata tenaga.
Tenaga ini pula mempunyai cas positif dan negatif yang apabila berinteraksi mula membentuk gelombang. Daripada situ wujudlah gelombang gamma, daripada gelombang gamma menjadi x-ray, daripada x-ray menjadi ultraviolet, daripada ultraviolet menjadi cahaya nampak, dan daripada cahaya nampak timbullah warna-warna pelangi. Daripada warna-warna pelangi pula, apabila dibesarkan lagi menjadi microwave dan seterusnya menjadi gelombang radio. Melalui gelombang radio inilah kita dapat melihat gambar di kaca TV, boleh berkomunikasi melalui handphone dan sebagainya.

Bagaimana Tenaga VNP AFTL Terhasil Dan Cara Ia Bertindak
Berbalik kepada proses pengecilan jirim tadi, apabila yang tinggal hanyalah semata-mata tenaga, produk-produk AFTL yang telah dikodkan tadi berupaya untuk mengekstrak sejenis cas yang dikenali sebagai Virtual Negative Photon (VNP) daripada Biophoton yang bebas bertebaran di ruangan alam semesta. Biophoton ini boleh didapati di ruangan udara, api, air, tanah, dan sebagainya. VNP yang diekstrak ini kemudiannya bertindak bagi meneutralkan cas lain yang dikenali sebagai Observable Positive Photon (OPP) yang menjadi punca kepada segala permasalahan, dan seterusnya membina sebuah jirim baru yang amat diperlukan oleh tubuh yang sedang bermasalah.
Maka, jika tenaga rencam itu bernama susah, ia akan dineutralkan dan membina jirim baru yang bernama senang, jika tenaga rencam itu bernama lemah, ia akan dineutralkan dan membina jirim baru yang bernama kuat, jika tidak tahu menjadi tahu, jika rencam menjadi tenang, jika mustahil menjadi munasabah, jika buntu menjadi beridea, jika masalah menjadi Masya-Allah, jika tiada menjadi ada, dan begitulah seterusnya.

Tenaga VNP AFTL Dalam Al-Quran
Di dalam Al-Quran, Allah ada merakamkan wujudnya Tenaga VNP AFTL secara tidak langsung di dalam Surah An-Naml (27), ayat 38 hingga 40, yang maksudnya berbunyi:
Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): "Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?"
Berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah".
Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: "Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!" Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah".
Ciri-Ciri Tenaga VNP AFTL
Tenaga hayat ini dianggap oleh pakar-pakar
metafizik sebagai tenaga tanpa batasan untuk dunia masa
depan yang sedang giat dikaji. Berikut merupakan ciri-ciri yang terdapat pada Tenaga VNP AFTL:
Dalam istilah sains, ia juga dipanggil Zero-Point Energy.
Juga dikenali sebagai Electrical White Light.
Tidak dapat dilihat, tetapi dapat dirasa seperti angin.
Merupakan sebuah Nur yang suci, sangat bertenaga, selamat, tepat, dan lebih pantas daripada cahaya.
Bersifat natural dan berupaya mengharmonikan apa saja tenaga negatif atau tenaga kotor yang terdapat di sekeliling kita.
Merupakan sebuah Free Energy, atau Tenaga Bebas, yang serba hadir di mana-mana saja (omni present) dan bebas merata di alam semesta ini. Maka, tiada sebarang alat yang boleh mengganggu atau menyekat pergerakannya, tidak seperti tenaga-tenaga lain seperti Aura, Chi, Tenaga Dalaman dan lain-lain.
Bersifat tenang lagi menenangkan penggunanya.
Tiada batasan jarak (yang boleh mengurangkan keupayaannya).
Mempunyai ciri-ciri tiada frekuensi, iaitu Tenaga Hening yang mampu menstabilkan dan mengharmonikan semua keadaan.
Mempunyai kuasa Negative Entropy iaitu kuasa menarik dan menolak seperti magnet, yang bertepatan dengan undang-undang penarikan sebagaimana besi berani yang boleh menarik apa sahaja benda ke arahnya.

Kebaikan Tenaga VNP AFTL Pada Tubuh
Bersandarkan formula AFTL Energy = Bioelectricity = PowerTM
Kandungan VNP pada setiap produk AFTL mampu meningkatkan pengaliran oksigen ke seluruh badan. Dengan bertambahnya aktiviti ini, ia secara langsung mengoptimumkan pembentukan kandungan Bioelektrik yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk beroperasi dengan lebih lancar.
Kesannya kepada minda, potensi minda yang biasanya dari 5% hingga 10% akan meningkat kepada lebih daripada 10%. Justeru, potensi minda manusia sebenar akan mula terserlah dan menjadikan pengaliran idea menjadi lebih pantas dan bernas.
Selain itu, Tenaga VNP AFTL berupaya untuk memperbetul dan memperkuatkan Laluan Bioelektrik Tubuh daripada mendatar kepada menegak, satu keadaan di mana hati, minda, komunikasi, pendengaran, penglihatan dan sistem saraf menjadi selaras, selari antara satu sama lain.
Di samping itu, Tenaga VNP AFTL menjadi pemangkin keseimbangan kepada kedua-dua pola diri, iaitu Pola Positif (+ve) yang terletak pada Minda, dan Pola Negatif (-ve) yang terletak pada Hati, yang apabila diterima secara terus-menerus, Insya-Allah akan menghasilkan ketenangan diri.

Kesimpulan
Secara ringkasnya, AFTL Technology merupakan sebuah teknologi yang menggunakan Tenaga VNP AFTL yang mampu merungkai segala permasalahan kehidupan sebagai bahan asas utama di dalam setiap produk-produknya. Tidak kiralah apa jua jenis produk AFTL yang dipasarkan, ia hanyalah semata-mata sebagai medium bagaimana Tenaga VNP AFTL dapat disampaikan kepada para pengguna:
Deria Rasa : GXTRA
Deria Bau : Aura Nursalama
Deria Sentuh : AuraCorrector Sticker dan AFTL SPPAO
Deria Dengar : AFTL Sync CD
Tenaga VNP AFTL ini boleh dirasakan kehadirannya menerusi tapak tangan pada jarak 1 cm hingga 20 cm dari produk AFTL. Insya-Allah, dengan fikiran yang tenang dan niatkan untuk merasai tenaga tersebut, sesiapa saja boleh merasainya sendiri.
Pengasas AFTL Technology
Dr. Hj. Mohd Yusoff Hussin M.D. (A.M) telah berkhidmat dalam Tentera Laut Diraja Malaysia di Jabatan Naval Inteligent selama 23 tahun dan jawatan terakhir beliau semasa perkhidmatannya adalah Leftenan Komander.
Di sepanjang perkhidmatan, beliau merupakan seorang yang sangat disegani dan dihormati kerana ketegasan dan jati dirinya sebagai seorang ketua yang amat mementingkan kualiti kerja dan perlaksanaan etika jabatannya. Keupayaan dan pencapaian kecemerlang beliau telah melayakkan beliau berada di dalam Jabatan Naval Inteligent untuk melaksanakan tugas-tugas khas dan penyelidikan untuk kepentingan TLDM ketika itu.
Sejak usia 17 tahun lagi, beliau mempunyai minat dan telah mula menjalankan kajian mengenai metafizik dan pemerhatian terhadap kuasa alam. Berkat minat dan kesungguhan beliau, akhirnya setelah 30 tahun mengkaji, beliau berjaya menemui Tenaga VNP AFTL atau Virtual Negative Photon Alhayat Faster Than Light Energy. Semasa dalam kajiannya, beliau telah mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan berkaitan tenaga iaitu 'Extra Sensory Perception' dan ilmu-ilmu perubatan alternatif yang jarang diketahui ramai.
Beliau juga sangat mahir dalam penguasaan Terapi Hydro, Radionic Practitioner, Acupuncturist, Reiki Master dan ilmu-ilmu lain yang berkaitan dengan tenaga alam. Beliau menerima penganugerahan Medical Doctor Alternative Medicine M.D. (A.M) daripada Open International University dalam pengkhususan Perubatan Alternatif pada 24 Januari 2004.
Sehingga kini beliau masih meneruskan lagi pengajiannya agar masyarakat dan anak-anak bangsa yang dicintai dapat mewarisi kehidupan yang berwawasan dan berintergriti.
Pengarah Pemasaran AFTL Technology
Pn. Hjh. Salmah Hamsah, rakan kongsi dan juga isteri kepada Pengasas AFTL Technology, Dr. Mohd Yusoff, merupakan seorang pesara guru yang telah berkhidmat selama 25 tahun dalam bidang pendidikan. Pengalaman sebagai seorang pendidik banyak membantu beliau menangani permasalahan pelajar. Kesinambungan pengalaman itu dicurahkan oleh beliau dalam misi membangunkan sahsiah insan. Ini menjadi inspirasi utama oleh beliau dalam penghasilan modul-modul serta produk-produk AFTL.
Pengenalan
Diperbadankan pada 12hb April 2004 atas nama Alhayat Marketing Sdn Bhd., kemudian syarikat ini secara rasminya bertukar nama kepada AFTL Technology Sdn. Bhd. pada 28hb Disember 2007.
Mula aktif di pasaran sejak tahun 2006. Jika dahulunya AFTL aktif dengan Seminar Pembangunan Diri, kini AFTL lebih menumpukan pula pada sistem perniagaan secara "trading" dengan pengeluaran produk-produk AFTL seperti AuraCorrector Sticker, Aura Nursalama, AFTL Sync CD, AFTL SPPAO, AFTL HolloTunnel dan yang terbaru, formula minda - GXTRA atau GeniusXtra.
AFTL Technology Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang menjalankan penyelidikan mengenai Sains Kehidupan, Quantum Physics, Light Force, Virtual Negative Photon, Undang-Undang Semesta Alam dan Teknologi Zaman Kegemilangan Islam. Semua hasil penyelidikan AFTL ini berlandaskan disiplin sains yang ketat agar ia benar-benar mampan dan berkesan.
Syarikat Naungan
AFTL Technology, Terapi Tenaga Alhayat dan Terapi Tenaga Alhayat Sdn. Bhd. merupakan anak-anak syarikat yang berada di bawah naungan AFTL Technology Sdn. Bhd.
Setiap anak syarikat mempunyai pengkhususan tertentu, antaranya, AFTL Technology merupakan syarikat pengantara sistem bayaran bagi jualan produk-produk AFTL baik secara terus mahupun secara online, manakala, Terapi Tenaga Alhayat dan Terapi Tenaga Alhayat Sdn. Bhd. dikhususkan sebagai syarikat produksi produk-produk AFTL.
Moto AFTL
Dengan moto syarikat iaitu Menjana Idea Memecah Kebuntuan, sehingga kini ia terbukti berkesan untuk digunapakai dan dihubungjalinkan dalam merungkai pelbagai permasalahan dalam kehidupan.
Misi AFTL
Menyediakan sebuah platfom pembinaan minda yang boleh melahirkan idea yang selaras, selari dan laju untuk memecahkan kebuntuan dan menyelesaikan permasalahan kehidupan serta membina kehidupan yang bermakna melalui sistem mampan yang mencuci hati, akal, tubuh dan rohani secara menyeluruh.
Visi AFTL
Untuk menjadi sebuah syarikat unggul yang mampu membantu masyarakat menyelesaikan permasalahan kehidupan, dari segi kewangan, kesihatan, pendidikan, rumahtangga dan kemasyarakatan melalui konsep mengembalikan benih kasih sayang yang telah lama malap dalam masyarakat hari ini, dengan menggunakan pendekatan berasaskan prinsip-prinsip kebenaran nyata, mempromosikan sifat-sifat amanah, perkongsian maklumat kebenaran, melatih kebijaksanaan dalam menguruskan kehidupan dan membina model insan yang boleh dibanggakan dengan menggunakan teknologi yang lebih pantas daripada cahaya.
We are committed to being NUMBER ONE in resourcefulness and innovation by venturing into new and dynamic areas that will continuously enhance the range and quality of our products and services. If you have the attributes of being assertive and motivated with the intention of having a career with us, we currently have vacancies for innovative and ambitious individuals to join our team and share in our growth.
There is no position available currently.