Image 01 Image 02 Image 03 Image 04 Image 05 Image 06 Image 07 Image 08 Image 09 Image 10 Image 11 Image 12 Image 13

Member login

Your cart

no items in your cart


  1. Bagi pengguna yang baru pertama kali mengambil GeniusXtra / GXTRA, ambil 4 - 21 biji dan larutkan ke dalam air mineral 1.5 liter.

  2. Semasa melarutkan GeniusXtra / GXTRA, niatkan dengan kata-kata positif bersesuaian dengan hajat yang diinginkan.

  3. Minum air tersebut sehingga habis dalam tempoh 24 jam. Air tersebut boleh juga dikongsi bersama sehingga ke 3 orang.

  4. Ulangi langkah 1 - 3 untuk 3 hari berturut-turut. Untuk hari ke-4, boleh dimakan secara hisap atau kunyah mengikut aturan seperti rajah aturan di bawah.

  5. Perhatian - Biarkan air yang telah dilarutkan dengan GeniusXtra / GXTRA pada suhu bilik. Jangan disimpan di dalam peti sejuk.


Untuk Kesan Maksima

Gantikan cara pemakanan dengan melarutkan GeniusXtra / GXTRA ke dalam air.

Contoh

Usia 21 tahun, 4 biji 2 x sehari = 8 biji.

Larutkan 8 biji ke dalam air (kuantiti mengikut kesesuaian pengguna) & minum sepanjang hari sehingga habis.


Read more
Posted in Product Manual on Sep 12, 2011

Cara 1 : Mandian Harian (Sebagai Bilasan Terakhir)

  1. Titiskan 7 titis Aura Nursalama ke dalam bekas air mandian berserta dengan kata-kata positif.
  2. Dengan mengikut tertib, jirus air perlahan-lahan dari bahagian atas kepala, kemudian dihalakan ke anggota badan sebelah kanan dan seterusnya ke anggota badan sebelah kiri.


Cara 2 : Mandian Ais (Berendam)

  1. Persediaan
      • 1 beg besar ais, 1 sudu kapur makan, 1 sudu belerang (jika ada masalah spiritual), garam (nisbah 1 kg garam: 10 kg berat badan), Aura Nursalama.
      • Masukkan garam dan belerang ke dalam tab mandi yang sudah berisi air dan titiskan sebanyak 7 titis Aura Nursalama berserta kata-kata positif.
  2. 10 Minit Pertama
      • Rendamkan diri dalam tab mandi, ratakan dan gosokkan garam ke seluruh badan.
      • Ambil 1 sudu kapur makan, ratakan dan gosokkan ia ke seluruh badan.
  3. 10 Minit Kedua
      • Titiskan lagi 7 titis Aura Nursalama ke dalam tab mandi dan masukkan ais ke dalam tab mandi sedikit demi sedikit sehingga sesedap rasa pengguna sambil meratakan air ke seluruh badan.
  4. 10 Minit Ketiga
      • Titiskan lagi 7 titis Aura Nursalama ke dalam tab mandi dan masukkan lagi ais sedikit demi sedikit sambil meratakan air ke seluruh badan.Bilas dengan air bersih setelah selesai.


Cara 3 : Titisan di Tapak Tangan

  1. Titiskan 1 titis Aura Nursalama di tapak tangan berserta dengan kata-kata positif.
  2. Ratakan ia dan tangkupkan tangan ke wajah. Kemudian, fokus pada niat yang dihajati, hirup dalam-dalam Aura Nursalama dan hembus secara perlahan-lahan dengan tenang.
  3. Seterusnya, dengan mengikut tertib, sapukan ia bermula dari bahagian wajah, kepala atau ubun-ubun, pergelangan tangan dan seterusnya ke bahagian kaki.
  4. Kaedah ini sesuai dilakukan selepas mandi atau selepas berwudhuk.

Cara 4 : Sapuan di Sekeliling Tempat Bermasalah

  1. Dengan menggunakan tiub penyedut Aura Nursalama, sapukan ia ke sekeliling tempat yang bermasalah dengan mengikut arah lawan jam.
  2. Kaedah ini sesuai digunakan untuk kawasan anggota yang bermasalah seperti kudis, ruam, kutil, ketumbuhan dan sebagainya.
Read more
Posted in Product Manual on Sep 11, 2011

  1. Persediaan Diri

      • Pengguna hendaklah dalam keadaan tenang dan selesa.
      • Berikan arahan otak agar diaktifkan sel-sel di kawasan yang bermasalah.

  2. Cara Penggunaan

      • Sapukan AFTL SPPAO pada permukaan kulit atau di tempat yang bermasalah dengan urutan lembut agar memberi kesan rawatan dan kelegaan.
      • Sapu mengikut arah lawan jam kecuali di bahagian perut (ikut arah jam).
      • Untuk kesan yang lebih baik, dengan menggunakan jari-jemari, ketuk-ketuk di tempat yang bermasalah dengan seberapa selesa yang boleh.
      • Boleh digunakan untuk menghilangkan rasa mengantuk dengan menyapukan pada bahagian tengkuk.

  3. Nota Mengenai Sodium Potassium Pump (SPP)

      • Apabila sistem saraf limpatik gagal menarik keluar sisa buangan sel, ini menyebabkan sel dipenuhi dengan darah, air dan garam berlebihan dan menyebabkan Sodium Potassium.
      • Pump tertutup. Ini menyebabkan bahan buangan sel gagal ditarik keluar oleh sistem saraf limpatik, lalu menyebabkan tubuh menjadi bengkak, dan akhirnya mengakibatkan masalah kekurangan oksigen pada sel.
      • Penggunaan AFTL SPPAO dapat membantu melancarkan operasi Sodium Potassium Pump di peringkat sel. Kekotoran di bahagian sel mula mengalir keluar, oksigen mula memasuki sel, kuman mula mati dan bengkak mula hilang. Hasilnya, pelbagai penyakit biasa dan kronik dapat diseimbangkan dan kesihatan menjadi bertambah lebih baik.
Read more
Posted in Product Manual on Sep 11, 2011

Persediaan Sebelum Menggunakan AFTL Student Syncronizer

  1. Tampalkan 1 keping stiker AFTL AuraCorrector di bahagian atas alat pemain cakera padat.
  2. Pengguna hendaklah dalam keadaan tenang dan selesa.
  3. Berikan arahan otak untuk pembentukan sahsiah diri dan penjanaan tenaga untuk kecemerlangan dalam pelajaran.


Waktu Pendengaran

Waktu terbaik untuk mendengar Student-Syncronizer adalah selepas waktu Asar. Namun, dibolehkan juga didengar pada waktu-waktu lain mengikut kesesuaian aktiviti harian.


Cara Penggunaan

  • Boleh didengar menggunakan headphone atau secara terbuka dengan menggunakan 2 speaker yang diletakkan di kiri dan kanan.
  • Bagi penggunaan kali yang pertama, sebaik-baiknya dengar Student Syncronizer sebanyak 1 atau 2 kali sehari secara konsisten selama 40 hari berturut-turut.
  • Boleh dipasang di bilik belajar, tidur, atau di ruang terbuka.
  • Apabila digunakan di ruang terbuka, volume atau suara tidak perlu kuat, memadai sekadar ada bunyi kedengaran di speaker.


Kaedah 1 : Pendengaran Menggunakan Headphone

Cara 1

Didengar sambil mengulangkaji pelajaran.

Cara 2

Didengar sambil memejamkan mata, tenangkan fikiran, menarik nafas dalam-dalam dan hembus secara perlahan-lahan dengan tenang.


Kaedah 2 : Pendengaran di Ruang Terbuka

Speaker hendaklah di letakkan di sisi kanan dan kiri pengguna. Volume jangan terlalu kuat atau terlalu perlahan.


Kaedah 3 : Pendengaran di dalam Kelas

Read more
Posted in Product Manual on Sep 10, 2011

Penggunaan AFTL AuraCorrector pada Tubuh

  1. Persediaan Diri
    Sediakan sekurang-kurangnya 4 keping AFTL AuraCorrector. 2 keping digunakan sebagai ‘set rawatan’ untuk 7 hari yang pertama dan 2 keping lagi digunakan sebagai ‘set penjanaan’ selepas hari ke-7, selama tempoh maksima 1 bulan. Pengguna hendaklah dalam keadaan tenang dan selesa.

  2. Arahan Otak Semasa Menggunakan AFTL AuraCorrector Untuk 7 Hari Pertama (Set Rawatan)
    Berikan arahan otak agar dibersih, dicuci dan dirawat tenaga bioelektrik pada hati, akal, tubuh dan rohani pengguna.

  3. Arahan Otak Semasa Menggunakan AFTL AuraCorrector Selepas Hari yang ke-7 dan Seterusnya (Set Penjanaan)
    Berikan arahan otak agar dijana, diseimbangkan dan diharmonikan tenaga bioelektrik pada hati, akal, tubuh dan rohani pengguna.

  4. Nota Kaedah Penggunaan
    Tampalkan 1 keping AFTL AuraCorrector di bahagian bonggol pada belakang tengkuk dan 1 keping lagi di dada.

    Alternatif
    : Bagi lelaki bersongkok, AFTL AuraCorrector boleh dilekatkan di bahagian dalaman songkok. Untuk kepingan yang ke-2, tanpa perlu menanggalkan stiker, gunting dan masukkan sahaja ke dalam poket baju. Bagi wanita bertudung, AFTL AuraCorrector boleh diselitkan ke dalam anak tudung pada bahagian atas ubun-ubun. Untuk kepingan yang ke-2, seperti lelaki, selitkan sahaja ke dalam anak baju.

  • Tempoh minima pemakaian pada tubuh adalah selama 8 jam sehari.
  • AFTL AuraCorrector boleh diselitkan di bawah bantal semasa waktu tidur.
  • Dilarang berkongsi AFTL AuraCorrector dengan orang lain.
  • Tempoh maksima bagi pemakaian ‘set penjanaan’ adalah selama 1 bulan, hanya jika tiada sebarang permasalahan berlaku.
  • AFTL AuraCorrector yang sudah tidak digunakan lagi hendaklah dicuci dengan air garam dan dibungkus terlebih dahulu sebelum dibuang.


Penggunaan AFTL AuraCorrector di Rumah/Premis

  1. Persediaan Diri
    Sediakan sekurang-kurangnya 8 keping AFTL AuraCorrector. 4 keping digunakan sebagai ‘set rawatan’ untuk 14 hari yang dan 4 keping lagi digunakan sebagai ‘set penjanaan’ selepas hari ke-14, selama tempoh maksima 3 bulan.Pengguna hendaklah dalam keadaan tenang dan selesa.

  2. Arahan Otak Semasa Menggunakan AFTL AuraCorrector Untuk 14 Hari Pertama (Set Rawatan)
    Berikan arahan otak agar dibersihkan, dicuci dan dirawat tenaga di kawasan rumah/premis tersebut.

  3. Arahan Otak Semasa Menggunakan AFTL AuraCorrector Selepas Hari yang ke-14 dan Seterusnya (Set Penjanaan)
    Berikan arahan otak agar dijana, diseimbangkan dan diharmonikan tenaga di kawasan rumah/premis tersebut.

  4. Nota Kaedah Penggunaan
    Lihat gambarah di bawah untuk kaedah penampalan di rumah/premis. Tempoh maksima bagi penggunaan ‘set penjanaan’ adalah selama 3 bulan, hanya jika tiada sebarang permasalahan berlaku. AFTL AuraCorrector yang sudah tidak digunakan lagi hendaklah dicuci dengan air garam dan dibungkus terlebih dahulu sebelum dibuang.




Penggunaan AFTL AuraCorrector di Lain-Lain Tempat

  1. Persediaan Diri
    Memerlukan sekurang-kurangnya 1 keping AFTL AuraCorrector, atau mengikut kesesuaian permukaan barangan tersebut.Semakin banyak bilangan AFTL AuraCorrector yang digunakan, semakin banyak tenaga yang dijanakan oleh AFTL AuraCorrector.Pengguna hendaklah dalam keadaan tenang dan selesa.

  2. Arahan Otak
    Semasa hendak menampal AFTL AuraCorrector, berikan arahan otak agar dioptimumkan/diharmonikan tenaga pada barangan tersebut.

  3. Contoh

  • Bekas Minuman: Berikan arahan otak agar dipertenagakan air minuman tersebut.
  • Beg Duit: Berikan arahan otak agar diharmonikan tenaga rezeki atau aliran kewangan pengguna.
  • Kenderaan: Berikan arahan otak untuk tujuan keselamatan pada kenderaan.


Antara Kepelbagaian Penggunaan AFTL AuraCorrector

  • Tag ID Pelajar: Lebih fokus, tenang, berkarisma, kecemerlangan dan sebagainya.
  • Meja Belajar/Meja Kerja: Lebih fokus, tenang, menyerap tenaga tidak harmoni, berkarisma, kreativiti dan sebagainya.
  • Kenderaan: Lebih fokus, tenang, tidak panik, keselamatan dan keselesaan semasa pemanduan.
  • Ubat: Mengoptimumkan tenaga rawatan pada ubat tersebut.
  • Meter Elektrik: Keseimbangan tenaga elektrik.
  • Katil (ditampal pada 4 penjuru katil/disusun di bawah tilam): Membantu merawat masalah kesihatan, mendapatkan tidur yang berkualiti, kesegaran tubuh dan rohani dan sebagainya.
  • Songkok: Lebih fokus, tenang, berkarisma, kecemerlangan, membuang kerunsingan atau stress dan sebagainya.


Nota

AFTL AuraCorrector hanyalah sebagai medium penerimaan tenaga yang disampaikan oleh sistem unik hak milik AFTL Technology Sdn. Bhd. Walau bagaimanapun, segala ilmu itu adalah HAK MILIK Sang Maha Pencipta. Maka, janganlah kita lupa kembali dan berharap kepada-Nya.

Read more
Posted in Product Manual on Sep 08, 2011
Additional Options
Copyright © 2011 AFTL Technology Sdn. Bhd. (Co No: 648628-A). All rights Reserved.
Website Development by: Anie, AFTL ICT Department.