En. Shril Sahri, Port Dickson
Ketika berada di dalam AFTL HolloTunnel, saya seolah-olah merasakan suatu perjalanan yang haru-biru. Bermacam-macam perkara dilihat termasuklah kaki saya sendiri yang ditambat pada pagar. Saya cuba meronta-ronta hinggalah akhirnya saya terlepas.
Namun selepas ikatan tersebut terlerai, perjalanan emosi mula dirasakan lebih teratur. Saya rasa sangat tenang hingga dapat lihat keadaan yang sangat cantik seperti tiang-tiang batu yang berkilat, batu-batu berlian dan sebagainya.Tidak lama kemudian, saya melihat terbitnya cahaya yang kuat tetapi jernih. Rasa kedamaian yang sebelum ini hilang selepas dilanda masalah kehidupan muncul semula. Nafas juga terasa lapang ketika itu.
Selepas menjalani terapi tersebut, saya dapat merasakan perubahan yang nyata. Diri saya mula fokus dalam setiap aktiviti. Malah kini saya sudah menemui banyak jalan penyelesaian dalam kehidupan. Kini saya juga sudah dapat melahirkan idea-idea bernas untuk perniagaan. Kehidupan saya secara keseluruhannya berubah, rezeki semangkin banyak, minda semakin cerdas, idea banyak dan bakat-bakat yang selama ini terpendam terserlah dalam semua perkara.
Antara yang paling ketara ialah dari segi sikap harian saya, Kini saya rasa lebih tenang dan mantap dalamsemua segi, Keluarga saya juga turut merasa nikmatnya. Baru-baru ini, rakan niaga saya telah membawa lari duit saya sebanyak RM6000.00. Dengan menggunakan AFTL AuraCorrector & MIND SYNC saya berjaya mendapatkan wang saya semula tanpa berlaku pertengkaran, malah lebih harmoni. Bersyukur saya kerana menemui AFTL di awal usia saya ini. Syukur saya kepada Allah dan berterima kasih kepada AFTL.