Image 01 Image 02 Image 03 Image 04 Image 05 Image 06 Image 07 Image 08 Image 09 Image 10 Image 11 Image 12 Image 13

Member login

Your cart

  • RM179.00
    3in1 Mini Customer P...
  • RM599.00
    Business Sync CD Pac...
  • RM390.00
    AuraCorrector Sticke...
  • RM179.00
    3in1 Mini Reseller P...
  • RM1,347.00
    subtotal

home / frequently asked questions (FAQs)

FAQ

Cara Pembelian

Melalui website ini, rujuk menu Store (WM - untuk Semenanjung Malaysia, EM - Untuk Sabah & Sarawak). Atau cari Reseller AFTL terdekat dengan memeriksa halaman Reseller AFTL atau rujuk sub-menu di menu Contacts, untuk mendapatkan maklumat perhubungan.

Cara Pendaftaran

Pendaftaran Affiliate atau Reseller AFTL adalah terbuka kepada umum. Bagaimanapun buat masa ini penghantaran produk hanya dapat dibuat di dalam Malaysia sahaja kerana kami masih lagi dalam proses membuat persediaan untuk penghantaran produk ke luar negara. Buat masa ini, individu dari Singapura atau Brunei yang berminat, masih lagi boleh mendapatkan produk kami dengan cara mengambil sendiri produk di destinasi di dalam Malaysia.

Pendaftaran Affiliate dibuat secara online terus melalui website AFTL.

Pendaftaran Reseller boleh dibuat dengan cara menghubungi terus HQ AFTL atau melalui Reseller AFTL terdekat. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pelan-pelan, Terma dan Syarat Affiliate atau Reseller AFTL serta Polisi AFTL sila  rujuk halaman-halaman berikut:


Untuk mendaftar sebagai Affiliate secara Online:


Cara Pembayaran Bank-in / Transfer

Anda masih boleh melengkapkan pesanan melalui website ini dan membuat bayaran secara manual ke dalam akaun:

  • AFTL TECHNOLOGY - Maybank No: 558293405036 
  • AFTL TECHNOLOGY SDN BHD - Hong Leong No03701003444
    * Nota: Bayaran menggunakan cek, pastikan dimasukkan nama Syarikat yang betul.


Kemudian;

  • Maklumkan kepada KAMI dengan cara:
  • Hantar slip transaksi atau borang pendaftaran melalui faks atau email (scan / PDF) ke:
  • No Faks: 05 6924115
  • Email: cs@aftl.my
  • Jika anda telah membuat pesanan melalui "Store" di website ini, sertakan maklumat berikut di dalam faks @ email anda:
  • Slip bayaran
  • No. Order atau Invoice
  • Email
  • No. K/P
  • Jika anda tidak membuat apa-apa pesanan melalui website ini, sertakan maklumat berikut di dalam faks @ email anda:
  • Slip bayaran
  • Pesanan Barang yang ingin dibeli beserta kuantitinya
  • Nama Penuh mengikut No. K/P
  • No. K/P
  • Alamat lengkap untuk Pendaftaran
  • Alamat lengkap untuk Penghantaran (jika berlainan)
  • No. H/P
  • No. Tel Rumah
  • No. Faks
  • Email
  • Nota: Cara terbaik ialah dengan melengkapkan Borang Pendaftaran Ahli / Affiliate dan disertakan dengan slip bayaran serta pesanan barang.
  • Selepas faks atau email untuk memastikan tiada sebarang kesulitan, hubungi kami semula di:
  • No. Pejabat: 605-691 4977
  • Atau SMS kakitangan HQ AFTL


Cara Pendaftaran Manual / Offline

Tiada masalah. Affiliate yang ingin memperkenalkan ahli (affiliate) baru yang tiada kemudahan komputer atau internet boleh membuat pendaftaran secara manual. Pesanan atau pembelian pakej Pendaftaran boleh dibuat melalui talian telefon ke HQ AFTL manakala Borang Pendaftaran boleh didapati di halaman Download Borang.

Ahli baru tersebut perlu mengisi dan menandatangani Borang Pendaftaran tersebut, kemudian perlu dipulangkan semula HQ AFTL sama ada dengan cara faks atau pos.

Reseller Terdekat

Rujuk sub-menu di menu Contacts atau lawati halaman Reseller AFTL untuk mendapatkan maklumat perhubungan.

Lokasi HQ

Ibu pejabat AFTL terletak di Sitiawan, Perak. Untuk maklumat yang lebih lanjut, rujuk halaman Contacts.

Peringkat Umur

Secara umumnya kesemua produk AFTL boleh digunakan oleh sesiapa sahaja tidak kira jantina atau usia, sesuai untuk peringkat usia bayi hingga ke warga tua.

Ibu Mengandung atau Menyusukan Bayi

Juga tiada masalah. Terutama produk AFTL yang melibatkan pemakanan iaitu GeniusXtra - GXTRA. Produk ini seperti produk AFTL yang lain, diperkasa dengan VNP AFTL, diperbuat daripada 100% sukrosa (GeniusXtra) atau 100% glukosa (GXTRA) tanpa tambahan mana-mana bahan lain.

Reseller

Reseller merupakan Agen yang menjual semula produk-produk AFTL yang dibeli dengan kuantiti yang besar dengan harga diskaun dalam kadar di antara 28% - 40% (GXTRA) & 20% - 40% (Produk Lain) mengikut pakej atau pelan Reseller yang diambil. Agen tidak boleh melantik Agen baru tetapi boleh menjual Pakej Reseller kepada orang baru mengikut harga yang ditetapkan dan bertanggungjawab untuk menghantar pendaftaran kepada HQ AFTL untuk didaftarkan dan jika cukup syarat minimanya, pada tarikh pembayaran intensif bulanan, Reseller yang membawa Reseller baru akan mendapat Intensif Pengenal Reseller daripada pihak AFTL.

Bagi Reseller yang pakejnya lebih rendah tetapi ada pelanggan yang ingin membeli pakej Reseller yang lebih tinggi, boleh merujuk kepada HQ AFTL untuk berurusan terus dengan pelanggan tersebut, dan jika cukup syarat minimanya, pada tarikh pembayaran intensif bulanan, Reseller yang membawa Reseller baru ini juga akan mendapat Intensif Pengenal Reseller daripada pihak AFTL.

Reseller mempunyai Sistem Intensif berasingan dari Affiliate. Sistem ini dibuat secara Manual / Offline. Tiada komitmen wajib untuk Reseller membuat pembelian minima setiap bulan. Bagaimanapun, Intensif Reseller hanya akan dibayar kepada Reseller yang berjaya membuat pembelian peribadi minima sebelum atau pada tarikh tutup pengiraan Intensif, iaitu setiap 15hb setiap bulan.

NOTA : Reseller hanya boleh memperkenalkan Reseller baru, tidak boleh memperkenalkan Affiliate baru.


Affiliate

Affiliate, berbeza dengan Reseller, tidak perlu mengambil stok barang yang banyak. Pakej pengambilan permulaan, kuantitinya jauh lebih rendah berbanding Reseller dengan kadar diskaun 10%. Affiliate boleh mewar-warkan link Affiliate peribadi (http://namaanda.aftl.my) untuk dipromosikan, dan jika ada pelanggan yang membeli produk AFTL melalui link tersebut, pada hari pembayaran Intensif, jika cukup syarat minimanya, Affiliate tersebut akan mendapat Intensif Pengenal Affiliate daripada pihak AFTL.

Atas rujukan link atau dengan cara pengenalan manual, Affiliate yang membuat pembelian peribadi minima bulanan, akan mendapat Intensif daripada AFTL atas setiap pembelian pengguna biasa dan Affiliate baik pembelian pertama mahupun belian ulangan. Kadar biasa untuk Intensif dari pendaftaran Affiliate Pearl baru dari Semenanjung Malaysia adalah RM63.60 seorang dan dari Sabah / Sarawak adalah RM65.80 seorang!

Affiliate mempunyai Sistem Intensif berasingan dari Reseller. Sistem ini dibuat secara Online. Seperti Reseller, tiada komitmen wajib untuk Affiliate membuat pembelian minima setiap bulan. Bagaimanapun, Intensif Affiliate hanya akan dibayar kepada Affiliate yang membuat sekurang-kurang satu (1) pembelian Pek Maintenance (ada 4 pilihan) yang berharga RM140 (WM) / RM150 (EM),  sebelum atau pada tarikh tutup pengiraan komisen, iaitu setiap 22hb setiap bulan.

NOTA : Affiliate hanya boleh memperkenalkan Affiliate baru, tidak boleh memperkenalkan Reseller baru.


Destinasi - Malaysia

Servis Kurier : Poslaju Malaysia & GDex

Isnin hingga Jumaat

Jika pihak kami menerima dan dapat mengesahkan pembayaran sebelum 12:00 tengah hari dari Isnin - Jumaat, pesanan dijamin akan dikutip oleh pihak servis kurier pada hari yang sama dan mungkin akan sampai ke destinasi pada keesokan harinya (bergantung pada destinasi penghantaran), atau bagi sesetengah kawasan mungkin mengambil masa 2 hingga selewat-lewatnya 5 hari bekerja, tetapi berkemungkinan sedikit kelewatan akan berlaku bagi sesetengah kawasan pedalaman.

Jika makluman pembayaran dibuat selepas waktu yang ternyata di atas, kutipan pesanan oleh pihak servis kurier mungkin masih lagi dapat dilakukan pada hari yang sama, bagaimanapun jika tidak berkesempatan masa, kutipan pesanan akan ditunda pada hari bekerja yang berikutnya.

Sabtu (Sabtu pertama, Ahad, Cuti umum - CUTI, tiada penghantaran akan dibuat)

Bagi hari Sabtu pula, kecuali Sabtu pertama pada setiap bulan, pihak AFTL hanya bekerja setengah hari iaitu dari pukul 8:30 pagi hingga 12:30 tengahari. Hanya pesanan yang dibayar pada selewat-lewatnya sebelum pukul 10 pagi dapat diproses dan dikutip oleh pihak servis kurier pada hari yang sama. Pembayaran pesanan yang dimaklumkan selepas dari waktu tersebut akan ditunda pemprosesannya pada hari Isnin atau pada hari bekerja yang berikutnya.


Destinasi - Antarabangsa

Buat masa kini pihak kami masih lagi dalam proses persediaan untuk penghantaran ke 10 buah Negara. Oleh kerana proses ini masih belum selesai, kami terpaksa menutup terlebih dahulu eksport produk ke luar negara.

'Cadangan' Kurier Service yang akan digunakan : Poslaju Antarabangsa, UPS & DHL

Additional Options
Copyright © 2011 AFTL Technology Sdn. Bhd. (Co No: 648628-A). All rights Reserved.
Website Development by: Anie, AFTL ICT Department.