|
Rekod Kejayaan AFTL
Rekod Kejayaan Uji Cuba Produk-produk AFTL di Sekolah-sekolah:
- Sekolah Kebangsaan Sungai Batu, Pantai Remis, Perak
- Pada penghujung tahun 2006, AFTL Technology Sdn Bhd telah menguji cuba penggunaan produk AFTL di sebuah sekolah luar bandar, Sekolah Kebangsaan Sungai Batu, Pantai Remis, Perak.
- Uji cuba itu dilakukan dengan menggunakan AURA CORRECTOR yang dipakaiguna oleh para pelajar sendiri, air minuman, dan pemasangan CD Audio AFTL STUDENT SYNC di kelas.
- Dalam masa 3 bulan sahaja, hasilnya seramai 40 daripada 44 orang pelajar (berumur 7 tahun) dari Program KIA2M yang mempunyai masalah dalam membaca, menulis dan mengira telah lulus peperiksaan. (Kejayaan 90%)
- Manakala kesemua 12 orang pelajar (berumur 8 tahun) dalam PET Tahap 1, juga lulus dalam peperiksaan dalam rangka masa yang sama. (Kejayaan 100%)
- Berikut adalah Surat Penghargaan daripada sekolah tersebut kepada AFTL:
- Pada Mac 2009, AFTL sekali lagi menguji cuba ke atas para pelajar Tahun 6 sesi 2009 di sekolah yang sama dengan menggunakan produk terbaru AFTL, makanan minda GENIUSXTRA MIND & SOUL.
- Pada November 2009,
- Dengan menggunakan produk AFTL iaitu GENIUSXTRA MIND & SOUL, SK Sg. Batu telah mencapai peningkatan dari segi akademik dan kokurikulum.
- Calon UPSR yang mendapat 5A telah meningkat daripada 5 orang pada tahun 2008 kepada 10 orang pada tahun 2009.
- Dari segi kokurikulum pula, Nurul Syafiqah telah menjadi Naib Johan dalam Silat Olahraga Perempuan Peringkat Kebangsaan 2009.
- Pada Julai 2010,
- Pihak AFTL telah menghadiahkan CD STUDENT SYNC kepada SK Sg. Batu.
- Sebanyak 12 set CD yang berharga RM19,200.00 telah diserahkan kepada SK Sg. Batu agar dapat membantu murid-murid memaksimumkan kecemerlangan mereka.
- Sekolah Kebangsaan Pintas Raya, Batu Pahat, Johor
- Pada tahun 2007, AFTL menggunakan cara yang sama terhadap pelajar Tahun 6 (UPSR) daripada Sekolah Kebangsaan Pintas Raya, Batu Pahat, Johor, dan berjaya membantu meningkatkan prestasi keseluruhan UPSR pada tahun tersebut.
- Berikut adalah Surat Penghargaan daripada sekolah tersebut kepada AFTL:
- Pada tahun 2008,
- SK Pintas Raya mendapat sijil penghargaan daripada Jabatan Pelajaran Johor kerana mencapai ETR (Expected Targeted Result) yang telah ditetapkan.
- Pada tahun 2009,
- SK Pintas Raya dianugerahi Anugerah Kecemerlangan Gred Purata Sekolah (GPS) terbaik dan Anugerah Kecemerlangan Peningkatan Peratus, GPS dan bilangan calon 5A daripada Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat.
- Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Iskandar, Tronoh, Perak
- Pada tahun 2009,
- AFTL telah membantu sebuah kelas di SMK Sri Iskandar melalui Program Halus Cemerlang untuk membantu mereka yang lemah agar melepasi tahap lulus dalam semua subjek bagi peperiksaan PMR.
- Antara pendekatan yang digunakan adalah dengan menggunakan CD Student Sync dan GeniusXtra.
- AFTL telah memulakan projeknya hanya 2 minggu sebelum mereka menduduki peperiksaan PMR.
- Amat memeranjatkan apabila 84.1% telah dicapai daripada 42 orang murid telah lulus. Peningkatannya adalah sebanyak 12 kali ganda.
Album Mini - AFTL di SK Sg Batu & SK Pintas Raya. (Click on the image to enlarge)
Antara Rekod-Rekod Kejayaan AFTL Melalui Seminar Pembangunan Diri Sebelum ini:
- Rekod melatih usahawan mendapatkan semula RM 200,000 hasil kerja yang tidak berbayar dan tertunggak beberapa tahun dalam masa 4 setengah bulan.
- Rekod melatih peniaga meningkatkan hasil jualan 50% lebih tinggi dalam masa yang singkat.
- Rekod melatih peniaga membebaskan diri dari membayar CETI RM 2,500 sehari dalam tempoh sebulan.
- Rekod melatih peserta membebaskan diri dari masalah ketidakseimbangan kesihatan yang jarang pulih dengan procedur biasa.
- Rekod melatih graduan menganggor yang telah tidak bekerja lebih 3 tahun mendapatkan semula pendapatan sara hidup.
- Rekod melatih peserta mendapat semula RM6000 yang ditipu oleh seorang rakan niaga dalam masa beberapa hari.
- Rekod membantu peserta mendapatkan semula kekasih yang tidak lagi berhubungan hanya dalam masa beberapa hari sahaja.
- Rekod membantu peserta mendapatkan semula kenderaan yang hilang dalam masa 40 hari.
NOTE: Di sepanjang penyelidikan AFTL, sebenarnya terdapat banyak perkara di luar dugaan telah ditemui. Sesetengahnya boleh dikongsi namun setengahnya bertaraf “Not For Public”. Oleh kerana ianya menyentuh pihak-pihak tertentu dan boleh mengeruhkan keadaan penemuan baik ini, sesetengah rekod tersebut tidak akan "dipamerkan" untuk pengetahuan umum.
|