AFTL Technology Sdn Bhd
company technology achievement client
 
The Company
Home  ›  The Company  ›  The Founder
Pengenalan AFTL

Diperbadankan pada 12hb April 2004 atas nama ALHAYAT MARKETING SDN. BHD., kemudian syarikat ini secara rasminya bertukar nama kepada AFTL TECHNOLOGY SDN. BHD. pada 28hb Disember 2007.

Mula aktif di pasaran sejak tahun 2006. Kalau dahulunya AFTL aktif dengan Seminar Pembangunan Diri, kini AFTL menumpu pula pada sistem Perniagaan secara "trading" dengan pengeluaran produk-produk seperti AFTL AuraCorrector, Aura Nursalama, AFTL Sync, AFTL SPPAO, Pretty Women & Handsome Men Oil, AFTL HolloTunnel dan yang terbaru, formula minda - GeniusXtra.

AFTL atau AFTL Technology atau nama penuhnya Alhayat Faster Than Light Technology merupakan sebuah syarikat yang menjalankan penyelidikan mengenai Sains Kehidupan, Quantum Fizik, Light Force, Virtual Negative Photon, Undang-Undang Semesta Alam dan Teknologi Zaman Kegemilangan Islam. Semua hasil penyelidikan AFTL ini berlandaskan disiplin sains yang ketat agar ia benar-benar mampan dan berkesan.

For extra info : see also Our Technology  › Our Achievement  › Our Products.

Syarikat Naungan

AFTL Technology, Terapi Tenaga Alhayat dan Terapi Tenaga Alhayat Sdn. Bhd. merupakan anak-anak syarikat yang berada di bawah naungan AFTL Technology Sdn. Bhd.

Setiap anak syarikat mempunyai pengkhususan tertentu, antaranya, AFTL Technology merupakan syarikat pengantara sistem bayaran bagi jualan produk-produk AFTL baik secara terus mahupun secara online. Manakala, Terapi Tenaga Alhayat dan Terapi Tenaga Alhayat Sdn. Bhd. dikhususkan sebagai syarikat produksi produk-produk AFTL.

Moto AFTL

Dengan moto syarikat iaitu Menjana Idea Memecah Kebuntuan, setakat ini terbukti berkesan untuk digunapakai dan dihubungjalin dalam menyelesaikan pelbagai masalah dalam kehidupan.

Misi AFTL

Menyediakan sebuah platfom membina minda yang boleh melahirkan idea yang selaras, selari dan laju untuk memecahkan kebuntuan dan menyelesaikan masalah kehidupan serta membina kehidupan mewah yang bermakna melalui sistem mampan yang mencuci hati, akal, tubuh dan rohani secara menyeluruh.

Visi AFTL

Untuk menjadi sebuah syarikat unggul yang mampu membantu masyarakat menyelesaikan masalah kehidupan, dari segi kewangan, kesihatan, pendidikan, rumahtangga dan kemasyarakatan melalui konsep mengembalikan benih kasih sayang yang telah lama malap dalam masyarakat hari ini, dengan pendekatan berasaskan prinsip-prinsip kebenaran nyata, mempromosikan sifat-sifat amanah, perkongsian maklumat kebenaran, melatih kebijaksanaan dalam menguruskan kehidupan dan membina model insan yang boleh dibanggakan dengan menggunakan teknologi yang lebih pantas dari cahaya.

Lokasi AFTL

AFTL Technology Sdn. Bhd.

See Also   The Founder
 
Alhayat Faster Than Light Technology