Image 01 Image 02 Image 03 Image 04 Image 05 Image 06 Image 07 Image 08 Image 09 Image 10 Image 11 Image 12 Image 13

Member login

Your cart

  • RM179.00
    3in1 Mini Customer P...
  • RM599.00
    Business Sync CD Pac...
  • RM390.00
    AuraCorrector Sticke...
  • RM179.00
    3in1 Mini Reseller P...
  • RM1,347.00
    subtotal

Polisi dan Perjanjian

AFTL Technology Sdn. Bhd. (AFTL), mempunyai tanggungjawab memelihara serta menyediakan produk dan servis yang terbaik kepada semua pengguna.

Dengan membuat pembelian secara online, atau menghantar borang perhubungan atau email, atau menggunakan produk dan servis AFTL, atau menyertai Program Loyalti AFTL (Ahli & Agen), pembeli atau pengguna atau Ahli atau Agen dengan ini bersetuju dengan Polisi AFTL yang ternyata di dalam dokumen Polisi dan Perjanjian ini, dan juga Terma dan Syarat yang ternyata di dalam dokumen Terma Perkhidmatan (TOS).


Komitmen Kepada Privasi Anda

Dalam memberi perkhidmatan kepada para pelanggan, AFTL memperoleh, menyimpan dan berkomunikasi mengenai maklumat pelanggan. Sesetengah maklumat ini - seperti nama pelanggan, alamat, nombor telefon, e-mel, nombor kad pengenalan, adalah diperlukan bagi tujuan mendapatkan perkhidmatan atau produk AFTL. Kami percaya bahawa kerahsiaan dan keselamatan maklumat adalah salah satu tanggungjawab asasi kami. AFTL amat menghormati maklumat yang dikongsi oleh pelanggan dan tidak akan mendedahkan, menyewa atau menjual maklumat tersebut kepada pihak ketiga.

  • Maklumat Kad Kredit
    Semua pembayaran kad kredit diproses dengan selamat melalui PayPal. AFTL tidak menyimpan apa-apa maklumat kad kredit pelanggan.

  • Bagaimana Pula Dengan Cookie?
    "Cookie" adalah cebisan maklumat yang disimpan oleh pelayar (Web Browsers) anda pada pemacu keras (hard disk) komputer anda. Cookie kami tidak mengandungi apa-apa maklumat yang mengenalpasti identiti peribadi. Cookie membenarkan anda untuk membuat pesanan dalam talian (online) dan untuk membuat login sebaik sahaja anda melanggan. Kebanyakan pelayar menerima cookie secara automatik, tetapi biasanya anda boleh menukar pelayar anda untuk mengelak dari menggunakan cookie. Bagaimanapun untuk menggunakan Portal Website AFTL cookie perlu diaktifkan.


Polisi Testimonial Pengguna

AFTL sangat mengalu-alukan semua pengguna, ahli atau agen untuk berkongsi maklumat mengenai keberkesanan produk-produk AFTL melalui Testimonial Pengguna. Ini bertujuan untuk memudahkan masyarakat menilai sendiri produk pembangunan diri yang mungkin boleh membantu meningkatkan prestasi diri. Bagaimanapun segala Testimonial Pengguna yang disiarkan di laman ini mahupun di mana-mana media cetak adalah pendapat perseorangan yang tidak boleh dianggap sebagai satu ketentuan yang setiap pengguna akan mendapat hasil yang sama.

Dengan menghantar testimonial, gambar dan nombor telefon kepada AFTL sama ada melalui surat terus ke syarikat atau melalui borang email di laman ini, anda dianggap bersetuju atau membenarkan maklumat tersebut adalah untuk tujuan rekod dan penyiaran di media cetak mahupun di website AFTL untuk tujuan perkongsian maklumat berguna kepada masyarakat.


Laman Web Pihak Ketiga

Laman web AFTL mungkin mengandungi rangkaian ke laman web yang dipunyai oleh pihak ketiga yang tidak berkaitan dengan AFTL. Laman-laman ini mempunyai data yang berasingan dan bebas daripada amalan privasi AFTL dengan itu kami menafikan sebarang tanggungjawab atau liabiliti ke atas polisi atau tindakan mereka.


Polisi Penghantaran

Pesanan yang dibuat dan dibayar sebelum jam 12:00 tengah hari pada hari Isnin hingga Jumaat dan sebelum jam 10:00 pagi pada hari Sabtu, diberi jaminan pesanan akan dikutip oleh pihak servis kurier pada hari yang sama. Manakala mana-mana pesanan yang dilakukan selepas waktu yang dinyatakan seperti di atas, hari kutipan oleh pihak servis kurier hanya akan dilakukan pada hari yang sama jika berkesempatan, jika tidak, kutipan akan dilakukan pada hari bekerja yang berikutnya. Pesanan yang dilakukan pada hari Sabtu pertama, hujung minggu atau cuti umum akan dihantar pada hari bekerja yang berikutnya. Dalam hal kehabisan stok kami akan menghubungi pelanggan melalui emel, sms atau telefon untuk makluman selanjutnya.

Tempoh penghantaran selalunya mengambil masa di antara satu (1) hingga ke lima (5) hari, selepas hari kutipan pesanan, bergantung kepada kawasan. Bagaimanapun jika alamat penghantaran berada di kawasan pedalaman, berkemungkinan akan berlaku sedikit kelewatan.


Destinasi Penghantaran

Buat ini produk AFTL hanya dijual di dalam MALAYSIA sahaja. Semua produk atau pakej yang ditawarkan di laman web kami kebanyakannya tidak dikenakan kos penghantaran tambahan, melainkan dinyatakan sebaliknya. Individu dari negara jiran yang berminat untuk menjadi Ahli atau Agen masih boleh berbuat demikian jika sekiranya mempunyai alamat penghantaran di dalam Malaysia.

Nota: Kami memang bercadang untuk meluaskan pemasaran (eksport) ke luar negara. Bagaimanapun, proses dan prosedurnya ini masih belum selesai, dan jika selesai akan kami umumkan kemudian.


Polisi Pemulangan & Penggantian

Semua barangan yang dijual melalui website kami AFTL.MY adalah atas dasar tidak boleh dikembalikan. Walau bagaimanapun, jika pesanan itu masih belum dihantar dari pejabat kami, pelanggan masih boleh membatalkan pesanan tersebut dengan kos pentadbiran 10% dari harga pesanan. Dengan itu pembeli akan dapat semula wang mereka setelah ditolak 10%.

Jika dalam kes tertentu pelanggan membayar pada harga berkurangan dari pakej diminta, sebagai contoh pelanggan dari Sabah / Sarawak (EM) membayar pakej yang ditawarkan untuk Semenanjung Malaysia (WM), AFTL tidak akan memproses pesanan tersebut sehingga pelanggan membayar pada jumlah yang betul. Sekiranya pelanggan berkenaan memilih untuk membatalkan pesanan tersebut, peraturan pembayaran balik yang sama akan dikenakan - kos pentadbiran 10%.

AFTL dengan senang hati akan menerima semula pemulangan apa-apa stok atau produk yang rosak atau cacat semasa penghantaran dengan syarat aduan perlu dibuat sebaik diterima. Pembeli bertanggungjawab ke atas semua caj penghantaran kembali kepada kami. AFTL pula bertanggungjawab ke atas kos penghantaran semula kepada pelanggan.

  • Barangan rosak atau cacat: Jika anda memulangkan barangan kerana kesilapan pihak syarikat, atau kerana ia rosak, syarikat akan menggantikannya untuk anda. Barangan perlu dikembalikan dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan, bersama-sama dengan Invois salinan Jualan AFTL dan surat yang menggariskan permasalahan yang menyebabkan pemulangan diperlukan. AFTL akan menyediakan penggantian item yang sama dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh penerimaan barangan berkenaan.
  • Perubahan keputusan: Pemulangan dan Bayaran Balik tidak boleh dibenarkan jika anda menukar fikiran tentang barangan yang telah dibeli. Jualan adalah muktamad.
  • Pertukaran Stok Oleh Agen: Agen yang menyimpan barangan yang telah tamat tempuh boleh meminta untuk gantian barangan dengan syarat barangan tersebut dalam pembungkusan yang asal. Kos penghantaran ke syarikat dibayar oleh agen, penghantaran ke agen dibiayai oleh syarikat.
  • Jika berlaku pemulangan barangan, kos penghantaran jika dikenakan tidak berhak untuk dikembalikan.
  • Tiada pemulangan / pertukaran ditawarkan selepas 7 hari dari tarikh penerimaan.
  • Salinan Invois Jualan asal AFTL perlu disertakan sebagai bukti pembelian untuk tujuan mendapat barangan gantian.
  • AFTL berhak untuk menolak pemulangan atau penggantian apa-apa barang, jika mana-mana syarat atau garis panduan ternyata di atas tidak dipenuhi.


Penafian (Legal Disclaimer)

  • Walaupun kami berusaha untuk memelihara privasi pengguna, kami mungkin perlu untuk mendedahkan maklumat peribadi apabila dikehendaki oleh undang-undang di mana kita mempunyai kepercayaan bahawa tindakan tersebut adalah perlu untuk mematuhi prosiding kehakiman semasa, perintah mahkamah atau proses undang-undang yang disampaikan kepada laman web kami.
  • Sila maklum, dalam semua keadaan AFTL Technology Sdn. Bhd tidak akan bertanggungjawab bagi kerosakan sampingan atau berbangkit atau perbelanjaan, termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan keuntungan atau lain-lain kerugian ekonomi atau perdagangan.
  • Kami menasihatkan para pelanggan untuk sentiasa kerap melayari halaman Polisi dan Perjanjian ini serta Terma Perkhidmatan kerana ianya boleh dipinda pada bila-bila masa tanpa notis. Dasar terbaru akan dipaparkan di laman web ini dan anda harus mengkaji semula dasar ini sebelum menggunakan laman web ini.



Sila baca dokumen seterusnya :: Terma Perkhidmatan.

Additional Options
Copyright © 2011 AFTL Technology Sdn. Bhd. (Co No: 648628-A). All rights Reserved.
Website Development by: Anie, AFTL ICT Department.