Image 01 Image 02 Image 03 Image 04 Image 05 Image 06 Image 07 Image 08 Image 09 Image 10 Image 11 Image 12 Image 13




SPPAO, singkatan bagi Sodium Potassium Pump Activator Oil merupakan minyak urut yang berasaskan pati minyak serai wangi. SPPAO mampu mengaktifkan kembali Sodium Potassium Pump pada sel yang tersumbat, lantas menggalakkan pengaliran kotoran sel, mengaktifkan operasi organ dalaman, menghilangkan stres dan menambahkan kesegaran pada tubuh. Diperkasa dengan Tenaga VNP AFTL yang disampaikan terus kepada pengguna melalui deria sentuh, ia disyorkan untuk sapuan pada permukaan kulit dengan urutan lembut agar memberi kesan rawatan dan kelegaan.




Bagaimana Sengal, Bengkak Terjadi?

Menurut sains AFTL, terjadinya pelbagai penyakit adalah disebabkan dari kekurangan oksigen di peringkat sel. Segala masalah kesakitan dan penyakit adalah disebabkan oleh kebanjiran sel kerana kegagalan sistem saraf limpatik yang sepatutnya berfungsi menarik keluar sisa buangan sel kerana ketidakseimbangan di antara garam dan potassium dan akhirnya berlakulah keadaan kekurangan oksigen di peringkat sel. Maka, apabila ini berlaku, sel akan dipenuhi dengan darah, air dan garam berlebihan yang menyebabkan Sodium Potassium Pump tertutup dan bahan buangan sel gagal ditarik keluar oleh sistem saraf limpatik menyebabkan tubuh menjadi sakit, sengal mahu pun bengkak.



Fungsi AFTL SPPAO




Bagaimana SPPAO Bertindak?

Penggunaan SPPAO dapat membantu melancarkan operasi Sodium Potassium Pump di peringkat sel. Kekotoran di bahagian sel mula mengalir keluar, oksigen mula memasuki sel, kuman mula mati, bengkak mula hilang. Hasilnya pelbagai penyakit biasa dan kronik dapat diseimbangkan dan kesihatan bertambah baik.

* Disyorkan penggunaan digabungkan dengan AuraCorrector untuk kesan terbaik




Cara Guna

  • Sapukan SPPAO pada permukaan kulit atau di tempat yang bermasalah dengan urutan lembut agar memberi kesan rawatan dan kelegaan.
  • Sapu mengikut arah lawan jam kecuali di bahagian perut (ikut arah jam).
  • Untuk kesan yang lebih baik, dengan menggunakan jari-jemari, ketuk-ketuk di tempat yang bermasalah dengan seberapa selesa yang boleh.
  • Boleh digunakan untuk menghilangkan rasa mengantuk dengan menyapukan pada bahagian tengkuk.







Copyright © 2011 AFTL Technology Sdn. Bhd. (Co No: 648628-A). All rights Reserved.
Website Development by: AFTL ICT Team.