Image 01 Image 02 Image 03 Image 04 Image 05 Image 06 Image 07 Image 08 Image 09 Image 10 Image 11 Image 12 Image 13




Minda adalah segala-galanya pada kehidupan manusia. Jika banyak perkara-perkara positif yang tersimpan, banyaklah perkara yang menggembirakan hadir dalam kehidupan. Malangnya, jika sebaliknya, banyaklah pula perkara buruk yang hadir dan memerlukan pemulihan.



AFTL Syncronizer




Mengimbangi Otak Kanan & Kiri


AFTL Student SyncronizerStudent Syncronizer merupakan produk AFTL yang direka khas untuk menyampaikan Tenaga Virtual Negative Photon AFTL melalui deria pendengaran bagi mengimbangi gelombang Otak Kiri dan Otak Kanan di samping mempertenagakan minda dengan bioelektrik tambahan sekaligus memulihara minda pelajar yang ingin mencapai kecemerlangan dalam akademik. Ia berfungsi untuk mengimbangi hati dan minda dengan cara membuang memori-memori negatif. Kesannya, fikiran pelajar menjadi lebih tajam, hati sentiasa tenang, sihat, ceria dan cemerlang.

* Perlu diingat sistem ini bukanlah pengganti kepada proses pembelajaran sedia ada









Cara Guna


Persediaan

  • Tampalkan 1 unit AuraCorrector di bahagian atas alat pemain cakera padat / laptop.
  • Pengguna hendaklah dalam keadaan tenang dan selesa.
  • Berikan arahan otak untuk pembentukan sahsiah diri dan penjanaan tenaga untuk kecemerlangan dalam pelajaran.


Waktu Pendengaran

Waktu terbaik untuk mendengar Student Syncronizer adalah selepas waktu Asar. Namun, dibolehkan juga didengar pada waktu-waktu lain mengikut kesesuaian aktiviti harian.


Kaedah Pendengaran


  • Boleh didengar menggunakan headphone atau secara terbuka dengan menggunakan speaker.
  • Bagi penggunaan kali pertama, sebaik-baiknya dengar Student Syncronizer sebanyak 1 atau 2 kali sehari secara konsisten selama 40 hari berturut-turut.
  • Boleh dipasang di bilik belajar, tidur, atau di ruang terbuka.
  • Apabila digunakan di ruang terbuka, volume atau suara tidak perlu kuat, memadai sekadar ada bunyi kedengaran di speaker.


Kaedah 1 : Pendengaran Menggunakan Headphone

Cara 1: Didengar sambil mengulangkaji pelajaran.

Cara 2: Didengar sambil memejamkan mata, tenangkan fikiran, menarik nafas dalam-dalam dan hembus secara perlahan-lahan dengan tenang.



Kaedah 2 : Pendengaran di Ruang Terbuka

Speaker hendaklah diletakkan di sisi pengguna. Volume jangan terlalu kuat atau terlalu perlahan.



Kaedah 3 : Pendengaran di dalam Kelas







Copyright © 2011 AFTL Technology Sdn. Bhd. (Co No: 648628-A). All rights Reserved.
Website Development by: AFTL ICT Team.