Image 01 Image 02 Image 03 Image 04 Image 05 Image 06 Image 07 Image 08 Image 09 Image 10 Image 11 Image 12 Image 13

Member login

Your cart

no items in your cart

The Founders


Dr. Mohd Yusoff Hussin

Pengasas Teknologi AFTL

Dr. Mohd Yusoff Hussin M.D. (A.M) telah berkhidmat dalam Tentera Laut Diraja Malaysia di Jabatan Naval Inteligent selama 23 tahun dan jawatan terakhir beliau semasa perkhidmatannya adalah Leftenan Comander.

Di sepanjang perkhidmatan, beliau merupakan seorang yang sangat disegani dan dihormati kerana ketegasan dan jati dirinya sebagai seorang ketua yang amat mementingkan kualiti kerja dan perlaksanaan etika jabatannya. Keupayaan dan pencapaian kecemerlang beliau telah melayakkan beliau berada di dalam Jabatan Naval Inteligent untuk melaksanakan tugas-tugas khas dan penyelidikan untuk kepentingan TLDM ketika itu.

Semenjak usia 17 tahun lagi beliau mempunyai minat dan telah mula menjalankan kajian mengenai metafizik dan pemerhatian terhadap kuasa alam. Berkat minat dan kesungguhan beliau akhirnya setelah 30 tahun mengkaji beliau berjaya menemui AFTL Energy atau Alhayat Faster Than Light Energy. Semasa dalam kajiannya beliau telah mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan berkaitan tenaga iaitu ‘Extra Sensory Perception’ dan ilmu-ilmu perubatan alternatif yang jarang-jarang di ketahui ramai.

Beliau juga sangat mahir dalam penguasaan Terapi Hydro, Radionic Practitioner, Acupuncturist, Reiki Master dan ilmu-ilmu lain yang berkaitan dengan tenaga alam. Beliau menerima penganugerahan Medical Doctor Alternative Medicine M.D. (A.M) daripada Open International University dalam pengkhususan Perubatan Alternatif pada 24 Januari 2004.

Sehingga kini beliau masih meneruskan lagi pengajiannya dengan cara yang unik dan tersendiri agar masyarakat dan anak-anak bangsa yang dicintai dapat mewarisi kehidupan yang berintergriti.


Pn. Hjh. Salmah

Pengarah Pemasaran AFTL

Pn. Hjh. Salmah Hamsah, rakan kongsi dan juga isteri kepada Pengasas AFTL Dr. Mohd Yusoff, merupakan seorang pesara guru yang telah berkhidmat selama 25 tahun. Pengalaman sebagai seorang pendidik banyak membantu beliau menangani permasalahan pelajar. Kesinambungan pengalaman itu dicurahkan beliau dalam pembangunan insan. Ia menjadi inspirasi utama dalam penghasilan modul-modul mahupun produk-produk AFTL lainnya.

Umpamanya Aura Nursalama, yang diadun khusus berasaskan pati bunga-bungaan dengan campuran setiap bahan dengan peratusan tertentu, yang dapat membantu mengimbangi elemen-elemen tubuh manusia, secara tidak langsung dapat mencapai misi sasaran insan seimbang.

Rentetan itu maka terhasillah produk GeniusXtra Mind & Soul yang amat sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat, terutamanya para pelajar. Walaupun beliau sudah tidak secara langsung menangani masalah para pelajar, namun dengan cara tersebut juga sumbang bakti beliau diteruskan.

Posted in AFTL on Jan 01, 2011

Additional Options
Copyright © 2011 AFTL Technology Sdn. Bhd. (Co No: 648628-A). All rights Reserved.
Website Development by: Anie, AFTL ICT Department.