Image 01 Image 02 Image 03 Image 04 Image 05 Image 06 Image 07 Image 08 Image 09 Image 10 Image 11 Image 12 Image 13

Member login

Your cart

  • RM179.00
    3in1 Mini Customer P...
  • RM599.00
    Business Sync CD Pac...
  • RM390.00
    AuraCorrector Sticke...
  • RM179.00
    3in1 Mini Reseller P...
  • RM1,347.00
    subtotal

Terma Perkhidmatan


AFTL Technology Sdn. Bhd. (AFTL), mempunyai tanggungjawab memelihara serta menyediakan produk dan servis yang terbaik kepada semua pengguna.

Dengan membuat pembelian secara online, atau menghantar menghantar borang perhubungan atau email, atau menggunakan produk dan servis AFTL, atau menyertai Program Loyalti AFTL (Ahli & Agen), pembeli atau pengguna atau Ahli atau Agen dengan ini bersetuju dengan Terma dan Syarat yang ternyata di dalam dokumen Terma Perkhidmatan (TOS) ini, dan juga Polisi AFTL yang ternyata di dalam dokumen Polisi dan Perjanjian.


Terma & Syarat - Agen / Reseller

  • Terbuka kepada rakyat Malaysia dan negara jiran, bagaimanapun buat masa ini penghantaran hanya dibuat di dalam Malaysia sahaja.
  • Membuat pembelian melalui HQ AFTL atau Agen AFTL dengan membuat pembelian pertama pada harga borong (diskaun GXTRA di antara 28% - 40%, manakala diskaun untuk produk AFTL lain di antara 20% - 40%)
  • Pembelian dan pendaftaran melalui HQ adalah secara online atau offline (hubungi HQ AFTL untuk maklumat lanjut). Manakala pembelian melalui Agen adalah mengikut budi bicara Agen terbabit, dan Agen terbabit bertanggungjawab untuk menghantar pendaftaran Agen baru kepada AFTL.
  • Jika ingin membuat pesanan semula, jumlah harga pesanan (dalam satu pesanan) perlu dibuat mengikut syarat minima yang telah ditetapkan, iaitu:
  • Pearl Reseller - RM400
  • Bronze Reseller - RM500
  • Silver Reseller - RM600
  • Gold Reseller - RM700
  • Platinum Reseller - RM800
  • Tidak dibenar mengiklan produk di media perdana sama ada majalah, surat khabar, radio atau TV.
  • Perlu mematuhi harga runcit (sedikit diskaun kurang dari 3% dibenarkan).
  • Bekalan akan dihentikan jika didapati menjual pada harga rendah melebihi 3%.
  • Boleh memperkenal semua jenis reseller tidak kira pangkat. Kadar komisen adalah berbeza untuk setiap produk. (Rujuk HQ AFTL untuk maklumat lanjut)
  • Agen hanya boleh memperkenalkan Agen / Reseller baru, tidak boleh memperkenalkan Ahli / Affiliate baru.
  • Tidak dibenarkan melantik Agen berdaftar - Agen merupakan orang tengah atau pengenal untuk pendaftaran Agen baru.
  • Agen tidak boleh membuat jualan runcit pada harga Agen.
  • AFTL berhak menarik semula status Agen jika didapati Agen melanggar mana-mana terma dan syarat yang ternyata di dalam dokumen ini.
  • Agen yang terus menerus berhubung, membuat jualan atau belian ulangan, menghadiri mesyuarat, adalah dianggap sebagai Agen Aktif. Apabila AFTL menerima panggilan pelanggan dan memerlukan penglibatan Agen, AFTL akan merujuk Agen Aktif di kawasan berkenaan.
  • Sistem komisen Agen dijalankan secara Off-Line - Penyata lengkap dihantar kepada Agen melalui email, makluman ringkas melalui SMS.
  • Pembayaran komisen dilakukan sebulan sekali.
  • Pembayaran komisen bagi Agen dikira mengikut transaksi jualan selama 1 bulan, iaitu dari 16hb hingga 15hb (tarikh tutup transaksi) pada bulan berikutnya.
  • Hari pembayaran komisen akan dibuat dalam masa 1 hingga 5 hari (bekerja) bermula selepas 2 hari (bekerja) dari tarikh tutup transaksi yang ditetapkan.
  • Contohnya, jika 15hb jatuh pada hari Sabtu, hari pembayaran komisen akan bermula pada hari Rabu minggu berikutnya (jika Isnin dan Selasa adalah hari bekerja).
  • PERTUKARAN AGEN LAMA KE AGEN BARU - Secara automatik Agen-agen lama akan dinaiktaraf seperti berikut:
  • AGEN 50 – Dinaiktaraf kepada Bronze Reseller
  • AGEN 100 – Dinaiktaraf kepada Silver Reseller
  • AGEN 500 – Dinaiktaraf kepada Gold Reseller
  • AGEN 1000 – Dinaiktaraf kepada Platinum Reseller


Terma & Syarat - Ahli / Affiliate

  • Terbuka kepada umum bagaimanapun penghantaran produk buat masa ini hanya dibuat di dalam Malaysia sahaja.
  • Sistem Ahli / Affiliate hanya membayar komisen kepada pembangunan Affiliate.
  • Sistem ini tidak membayar komisen dari belian sendiri.
  • Ahli hanya boleh memperkenalkan Ahli / Affiliate baru, tidak boleh memperkenalkan Agen / Reseller baru.
  • Ahli layak mendapat komisen atas rujukan (referral) kepada pembeli runcit dan Ahli bawahan.
  • Jika Ahli ingin membuat penjualan runcit, adalah lebih sesuai membeli Sistem Agen / Reseller.
  • Ahli boleh membeli lebih dari satu akaun untuk membolehkan ahli mendapat komisen dari belian ulangan sendiri.
  • Syarat minima 1 Pek belian ulangan RM140 (WM), RM150 (EM) setiap akaun setiap bulan, diperlukan untuk mendapatkan komisen yang dijana setiap bulan.
  • Pembayaran komisen dilakukan sebulan sekali.
  • Pembayaran komisen bagi Ahli dikira mengikut transaksi jualan selama 1 bulan, iaitu dari 23hb hingga 22hb (tarikh tutup transaksi) pada bulan berikutnya.
  • Hari pembayaran komisen akan dibuat dalam masa 1 hingga 5 hari (bekerja) bermula selepas 2 hari (bekerja) dari tarikh tutup transaksi yang ditetapkan.
  • Contohnya, jika 22hb jatuh pada hari Khamis, hari pembayaran komisen akan bermula pada Isnin atau Selasa minggu berikutnya (Sabtu pertama setiap bulan adalah hari CUTI bagi HQ AFTL. Sabtu minggu berikutnya waktu bekerja AFTL hanya setengah hari, jadi mungkin pembayaran akan bermula pada hari Selasa jika urusan pentadbiran atau prosedur pembayaran yang lain tidak dapat diselesaikan pada hari Sabtu yang berikut).
  • PENAIKAN TARAF PAKEJ AFFILIATE:
  • Affiliate hanya perlu membayar beza harga antara pakej semasa dengan pakej naik taraf yang baru.
  • Contohnya, Ahli Pearl (Pearl Affiliate) yang ingin menaik taraf kepada Ahli Bronze (harga Pakej Bronze : WM - RM336 / EM - RM358) hanya perlu membuat pembayaran naik taraf berharga RM168 (WM) / RM179 (EM).
  • Sistem Affiliate dan Website Affiliate disediakan memberi peluang dan membantu jualan.
  • Ahli diberi link Affiliate seperti http://username.aftl.my yang boleh digunakan untuk mempromosikan website AFTL.
  • Oleh itu, Ahli digalakkan untuk mendaftar username yang bertaraf komersial.



Sila baca dokumen seterusnya :: Polisi dan Perjanjian.

Additional Options
Copyright © 2011 AFTL Technology Sdn. Bhd. (Co No: 648628-A). All rights Reserved.
Website Development by: Anie, AFTL ICT Department.